Monday, October 6, 2014

Kisah disebalik MIMALAND Gombak


Mesti ramai tak tahu pasal Mimaland kan? Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975. Pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh tanah runtuh berbahaya.

Mimaland semasa ia beroperasi

Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini di lokasi GPS 3.283458, 101.724069.

DAN SEKARANG! IA TELAH MENJADI TEMPAT GENG PARANORMAL MENCARI BAHAN MEREKA!


Sunday, October 5, 2014

Balai Polis Lama Gombak


Balai Polis Lama Gombak ni adalah terletak di tepi jalan lama gombak KL-BENTONG. Balai ini digunakan semasa di zaman komunis dan utk pengetahuan korang, Jalan lama KL-BENTONG ni adalah jalan yang dibina pihak komunis sbg jalan perantaraan.  

Terlalu banyak penampakan yg direkodkan oleh krew-krew paranormal di kawasan ini. Menurut seorang sami di kuil berdekatan, di kawasan ini mmg tempat Pontianak aka kakak cantik. Selain itu, ramai orang yg dibunuh serta ramai yang hilang di kawasan ini.  

JALAN LAMA KARAK!





Pada waktu siang, pemandangan di Jalan Lama Gombak-Bentong memang sangat menarik dan langsung tak membosankan. Pokok-pokok merimbun disepanjang jalan selain keadaan jalanrayanya yang elok, tak seperti sesetengah jalan lama di tempat-tempat lain.

Tetapi apabila malam menjelma, tak ramai yang menggunakan jalan ini melainkan lori-lori yang nak lari dari tol. Untuk pengetahuan semua, Jalan ini boleh tembus ke Genting Sempah & Janda Baik tanpa sebarang tol. Saya sendiri & bersama rakan-rakan pernah mencuba membonceng motorsikal melalui jalan ini di waktu tengah malam. Keadaannya memang menyeramkan & tidak disangka, saya dapat melihat kelibat seorang lelaki tua berbaju putih dalam rimbunan hutan di tepi jalan. Sampai sekarang saya masih terfikir, adakah penampakan itu adalah BUNIAN atau sebaliknya? 

Di bawah saya senaraikan spesifikasi jalan ni:-
-jalan kadang-kadang berkabus tebal & menghalang penglihatan ketika kegelapan
-jalan kecil dan bengkang bengkok serta bnyak gaung di tepian jalan
-kadang-kadang terdapat tanah runtuh
-ada beberapa kuil hindu di sepanjang jalan


Saturday, October 4, 2014

Kisah Misteri Palm Mall Seremban





Palm Mall yang terletak di Seremban pada asalnya sebuah terbengkalai selama 10 tahun telah dibina semula menjadi pusat beli-belah kini menjadi sebutan orang ramai.

Semuanya bermula selepas khabar angin yang disebar oleh sebuah akhbar bahasa mandarin yang mendakwa munculnya kelibat yang tidak diingini di dalam tandas pusat beli-belah tersebut. Disebabkan dari kejadian itu, semua tandas di Palm Mall tidak dipasangkan cermin.

Ada yang mengatakan beberapa orang pengunjung yang menonton wayang di Palm Mall dimana rambut mereka diusik-usik oleh sesuatu.